Make your own free website on Tripod.com

Home
INFO KESIHATAN
MENU KESIHATAN
MENOPAUS
RILEKS

sign out

 

MITOS MENOPAUS              Semua wanita bakal melalui saat ini. Hanya usia dan faktor kesihatan yang membezakan situasi kemunculannya. Perlu diketahui, menopaus dan ketuaan bukanlah mitos tetapi kedua-duanya merupakan kenyataan yang harus ditempuhi. Setiap wanita mempunyai pengalaman yang berbeza ketika mencapai saat menopaus. Apakah penuh penderitaan atau tidak, bergantung dari bagaimana perasaan mereka mengenai dirinya sendiri. Menopaus juga bukanlah peristiwa yang terjadi secara mendadak. Ia merupakan proses yang berlangsung lama, bahkan pada beberapa orang ia dapat berlangsung selama sepuluh tahun. Maknanya, meskipun seorang wanita berhenti haid pada usia 50 tahun, ia mungkin sudah merasa bahawa peredaran haidnya mulai berubah sejak ia berusia 40 tahun. Kebanyakan darah haid benar-benar tidak datang ketika wanita mencapai umur 50 tahun (atau perantaraan usia 48 dan 52 tahun). Dari sudut perubatan, wanita akan dinyatakan sebagai “telah mengalami menopaus” jika selama setahun tidak pernah sama sekali datang haid. Usia anda masih muda, barangkali masih jauh masanya untuk bertemu dengan situasi ini. Tetapi ilmu tentangnya harus anda teliti sejak awal.

     

Home INFO KESIHATAN MENU KESIHATAN MENOPAUS RILEKS

This site was last updated 05/10/04